Friday, November 19, 2010

Pemenang Slimming World Woman Of The Year

Ini ialah Harriet Jenkins (25), pemenang anugerah Tokoh Wanita Tahunan Slimming World setelah berjaya mengurangkan jumlah berat badan beliau sebanyak 95 kilogram. Beliau melakukan semua ini tanpa pembedahan dan hanya bergantung kepada diet dan exercise. Hanya 18 bulan yang lalu berat beliau adalah 165 kilogram. Harriet yang berketinggian 172 cm kini sedang maintan berat badan yang sihat iaitu 76 kilogram.



Harriet sudah mempunyai masalah berat badan yang kecil. Masalah berat badannya semakin teruk setelah bapa kesayangan beliau meninggal pada tahun 2003. Untuk mengatasi kesedihan itu beliau mula makan dengan banyak sekali. Masalah berat badan beliau ini juga mengakibatkan beliau melupakan hasrat untuk mejadi seorang guru sekolah kerana risau diejek budak-budak sekolah.

Setelah bertahun-tahun diejek oleh orang kerana berat badannya yang melampau, Harriet akhirnya nekad menyertai program Slimming World. Benda pertama yang dilakukan beliau ialah berhenti memakan sosej dan bacon sebagai sarapan pagi. Sebaliknya beliau memakan cereal Weetabix (serius tak sedap tapi banyak serat weetabix ni) dan dalam masa seminggu sahaja berat badan Harriet turun sebanyak 3.7 kilogram! Tukar diet pagi aje tu! Selepas sebulan beliau berjaya membuang sebanyak 9.5 kilogram!

Kini Harriet sudah kelihatan comel. Siapa sangka ikan paus boleh menjadi mermaid. Sejak menjadi slim beliau kini berjaya memenuhi impian beliau menjadi seorang guru.



No comments:

Post a Comment