Friday, December 24, 2010

perihal sepasang kasut

halo dan selamat petang.
actually perihal sepasang kasut ni aku nak post awl pagi tadi, tapi disebabkan aku tidur tak sedarkan diri, aku post perihal kasut ni lambat sikit. *sorry encik kasut* sebenarnya apa hal dengan si kasut ni? haa.. ni yang gua nak cerita ni. *eh, tadi aku, ni gua pulak. fenin2* korang pernah beli sesuatu barang gunakan duit korang tak? barang tu bukanlah barang makan ke ape ke. maksud aku, barang yang korang boleh simpan, guna dan seangkatan dengannya. kalau ada, adakah korang masih simpan barang tu? kalau ada, tahniah. *tepuk2* perihal sepasang kasut ni sebenarnya agak penting buat aku sebab aku sayang sangat dengan kasut aku ni. kenapa aku sayang sangat? sebab, ini adalah kasut pertama yang aku beli sendiri. bukan guna duit bapak aku atau duit siapa2. aku beli gunakan duit yang aku kumpul sendiri. hahaha. aku sayang gila dengan kasut aku ni. ingat tak entri yang aku post 8 hari lepas? haa..itulah kasut pertama yang aku beli sendiri. aku beli 24/12/2007. dan hari ini 24/12/2010 dah tepat 3 tahun kasut tu bersama-sama aku tatkala susah dan senang. *ececeh* actually kasut tu aku guna untuk jalan-jalan, untuk bersukan *bersukan? teruk betul!* tapi, kasut tu masih bersama-sama aku. sebab aku sayang sangat dengan kasut tu walaupun dah agak rabak sedikit tapi aku still pakai kasut tu bawak pergi kelas, pergi jalan-jalan. hahah. terima kasih encik kasut. eh, dari tadi aku asyik cite pasal kasut je, tapi aku tak perkenalkan pon. haha. kasut tu ber-brand vans. model vans old skool. lawa kot. *winkwink* disebabkan kasut tu lawa sangat, raya tahun ni aku beli lagi sepasang kasut model yang sama tapi warna lain. haritu aku beli warna hitamputih. tapi tahun ni aku beli warna putih plain. kasut ni pon aku selalu gak pakai bawak pegi kelas. dah nak rabak sikit. sebab apa? sebab material kasut tu dibuat dari pvc. the previous shoes tu canvas je. so, kalau pakai pvc, buat macam pakai canvas, tak ke rabak tu? hahah. cukuplah setakat ni. haha.

apa-apa pon, jangan nakal.

p/s: hari ni anniversary ke 3 kasut aku ni. aku sayang kau encik kasut! muah2!
p/s/s: cik teta, aku pinjam trademark kau kejap.


1 comment:

  1. sume orang pinjam trademark aku. terharu seyh. awwww. :DD

    ReplyDelete