Thursday, December 16, 2010

Meksis oh Meksis!!



Ahoy there!! (ar ar ar)
entri kali ini adalah tentang jaringan telefon mudah alih terbesar di Mesia, iaitu Meksis. so, apa kena mengena entri ini dengan mr. kreb??
haaa..sebenarnya takde apa sangat pon. nak cerita pasal orang yang sukakan duit je sebenarnya. korang kenal tak Anandu Krishnu?? Anandu Krishnu adalah salah seorang manusia yang terkaya kat Mesia ni. dialah tokey Meksis. company satellite tv, Estro pon dialah tokey nya. gila kaya kan??


"ni makcik nak buat komplen ni!! pasai apa coverage Meksis kat UiTM puncak alam rendah sangat? kadang-kadang takda langsung. makcik nak call anak makcik pun tak dapat. hang ni laa.. orang dah melabuq duit kat hang banyak-banyak, hang pi la kasi betul coverage kat sini. ni dak, dapat duit ja pi beli kacang lepas tu pi meronggeng. barua punya umat!"
-makcik yang sedih

"der, lu tau tak? gua nak call awek gua pun gua sempat cakap hello je..lepas tu putus..hello hello, putus lagi..macam mana gua nak bergayut der? aduyai. nasib baik sekarang ni zaman dah makin maju. internet pun makin laju. senang-senang gua skype je dengan awek gua. habis cerita. (tapi dah tau boleh skype, apasal gua pun sebok nak menyemak kat sini eh? sengal betul la..ha ha)"
-si budak penyebok


sebenarnya coverage Meksis kat puncak alam ni memang bermasalah. mungkin kat kawasan tanah tinggi kot. *dah2. jangan nak merapu* tapi, sebagai orang kaya kat Mesia ni, dan company Meksis tu beliau yang punya, apa kata beliau dengan konco-konco beliau cuba untuk mengatasi problem yang dialami oleh makcik yang sedih dan si budak penyebok dan ramai lagi kut pengguna-pengguna Meksis kat sini. jangan lah dok tibai duit orang je tapi kerja tak jalan. dah buat iklan hebat-hebat, dah buat promosi canggih-canggih, tapi perkhidmatan macam haram je.



dengan ini, gua sertakan gambar si tokey:


eh, ni bukan lah..ni ketam si kedekut.


ni lagi lah bukan..aduyai



haa..ni lah beliau..tapi kena letak karikatur jek. takut blog kena banned.


eh, dah pukul 1 pagi. besok ada kelas pukul 8.30 pagi. saje jek buang masa.
apa-apa pon, babai, smalam. *peace*

No comments:

Post a Comment